Posted by: alidahlan | Mei 24, 2009

AL-FATIHAH utk Tokmi….

AL-FATIHAH

di blog abah pun abah tak dapat nak tulis apa-apa mengenai perkara ini…. abg sedih sgt… abah tak mampu nk ungkapkan dgn kata-kata….

yg pasti… kalau auni besar nanti… auni baca blog ini… auni akan tahu bahawa auni pernah dirindui dan disayangi oleh seorang insan bergelar Tok umi…. atau Tokmi…

Saat sebelum ajal menjemput Tokmi pun… nama auni menjadi sebutan kerinduan nya….

gambar diatas bukti sayang rindunya tokmi pada auni….. gambar diatas diambil 2 bulan sebelum Tokmi dijemput Allah kembali…..

Allah merancang segala….

Entah kenapa abah memilih utara untuk auni dilahirkan dan Rumah Tokmi sebagai rumah auni dan ibu dijaga sepanjang ibu berpantang…. setiap inci kasih sayang Tokmi curahkan sepanjang selepas auni dilahirkan…. hinggakan ketika saat ibu dan abah nk bawak auni balik ke rumah opah dan atuk di shah alam…. Tokmi menangis melambai pemergian auni….

Betapa rindunya tokmi pada auni…. hinggakan setiap kali menelefon abah di sabah…. kerap kali Tokmi bertanya gambar auni terbaru di blog…. 

blog ini bukti kasih-sayang Tokmi pada Auni……

 

AL-FATIHAH

Posted by: alidahlan | April 19, 2009

Lama abah tak post….

Assalamualaikum… lama betul abah tak post blog nih… ibu pun sekali jer post, dah malas dah…. byk gambar auni dan video auni dalam facebook abah. Nak jadi cerita malam semalam tokmi auni tpon dr perlis, tanya mana lagi gambar auni yg baru? hehehe… sebenarnya cuti sekolah haritu tokbah dan tokmi ada datang sabah, Tokmi datang follow tokbah yg ada program kat sabah nih.. so dia amik peluang la jumpa cucu anak bongsu nya ni… hehehe….

byk hari jugak depa duk sabah nih… sempat la jugak abah amik gambar sekeping dua…

_________________________________________________________________________

 

Dalam seminggu lepas… auni jalan2 lagi pegi KK, kali ni ikut abah jumpa member fotografi abah. Beruntung auni sebab pakcik2 yang abah jumpa ni bukannya calang2 fotografer…. seorang uncle nama Amru sorang lagi Hafiz , apa yang untungnya… sepanjang bejalan ngan uncle2 ni… diorang asyik amik gambar auni jerr… kira portraiture percuma la untuk auni! nnt auni kena terima kasih kat uncle nih…

Gambar dibawah diambil oleh Uncle Amru dari flickrnya

 

Hahahaha….. main ayaq liuq!!

Posted by: alidahlan | Mac 15, 2009

1st Update by Ibu….

 

hobi auni

hobi auni

 

 

Salamualaikum..

hehe…ni 1st time ibu tulis utk blog auni. abah yg ajar ibu 🙂 ibu akn cuba sntiasa update blog auni. buat tatapan atuk,opah,tok umi,tok abah,mkcik2,pkcik2 n spupu2 auni kat smnnjung.

yela..auni dok sabah. jauuh dari diorang sume. at least sume org blh tgk perkembangan auni. sekarang ni dh byk gak yg auni tau.

umur auni hari ni 3 bulan 12 hari. hari khamis lepas auni pegi klinik untuk timbang n cucuk(injection). nk tau tak berat auni dh 6kg. auni ni kuat tahan sakit. auni nangis kjap je bila kna inject ngan nurse.

sekarang ni auni dah pandai isap jari..kalau auni dok sensorang, mulalah dia isap jari. siap bunyi lagi tu.. 🙂 auni dah pandai snyum n ktawa bila orang tengok dia. auni juga dah pandai bersembang. lagi2 ngan abah auni. kalau abah marah pun dia ingat abah bercakap ngan dia. so dia ktawa jugak.

ok cukupla sampai sini dulu..bila2 senang ibu update lagi..

Posted by: alidahlan | Mac 13, 2009

 

Tak aci tul…. jelas2 muka abah… dia cakap sama plak!! 😉


Posted by: alidahlan | Februari 27, 2009

3 bulan

 

kelmarin Auni genab 3 bulan… ngam2 abah dapat gaji 25hb….. hehehehe

Abah ngan ibu seronok tgk perubahan auni…. walaupun perubahan fizikal melebihi org lain yg seumur dengannya… byk lagi perubahan yang membuatkan ibu dan abah happy setiap hari….. sekarang nih selalu terdengar keluar dari jeritan auni…. “bah” ngan “mak”…. rasanya bukan “bah” bahasa sabah kot! ( loghat sabah kan ada “bah” di belakangnya.. ) hehehe…..

ini gambar khas utk tok umi , tok abah, opah dan atuk serta semua yg bergelar uncle dan auntie kepada auni……..

 

Auni dan ibu kat pantai sawangan.... Bagi Auni merasa angin laut...

Auni dan ibu kat pantai sawangan.... Bagi Auni merasa angin laut...

 

Senyuman untuk tokmi, tokbah, atuk dan opah....

Senyuman untuk tokmi, tokbah, atuk dan opah....

 

haa... ni Auni tengah sembang nihhh... uihhh tapi abah tak paham apa Auni cakap.. hehehe

haa... ni Auni tengah sembang nihhh... uihhh tapi abah tak paham apa Auni cakap.. hehehe

 

 

 

Esok auni nak pegi Zoo pulak……. rancangan ibu laa…. tapi kalau abah tak bangun!! melepas la auni nak tengok harimau esok…. huhuhu

Posted by: alidahlan | Februari 8, 2009

Tudung dah semakin muat…

Rasa-rasanya masa auni cukup sebulan abah beli tudung ni…. abah pun dah lupa sejak ibu cakap tudung ni besar sgt, tak muat ngan Auni…. ntah apa mimpi ibu… tgh abah buat keje ngedit gambar.. keluar seorang baby girl solehah di sebelah abah… bertudung.. muka blur-blur ( mungkin sebab 1st time pakai tudung kot ) terus abah teringat… dalam blog uncle Razaqq pun ada update akak ‘Azra pun pakai tudung gak… so abah pun terus capai kamera…. auni plak blur-blur malu… malu apa ntah!! bila Auni pakai tudung… pipi lah paling menyerlah… tersembol macam roti boom… hehehe…. macam abah… cuma abah takleh pakai tudung!! huhu….

nnt kalau ada gambar lagi abah update lagi gambar auni bertudung……

Posted by: alidahlan | Februari 7, 2009

Tok umi minta gambar lagi…

Assalamualaikum….

ini gambar untuk tatapan tok umi lagi….

ini gambar baru ambil tadi, baru lepas muntah muak…. 😉

 

#gambar di bawah ni tak lama mana laa…. dalam 2-3 minggu lepas… style menguap dan senyum meleret dari auni…Khas untuk tok umi…

 

 

abah auni.

Posted by: alidahlan | Januari 31, 2009

Yeah! yeah! akhirnya…

 

Buai laju-laju
sampai balik sana
apa dalam hatimu
kasih ibu dan bapa

Buai laju-laju
sampai balik sana
apa dalam jiwamu
cinta Allah dan RasulNya

( Dipetik dari http://www.abuaslam.com )

 

Assalamualaikum….

akhirnya abah berputus asa…. sebenarnya abah tak nak ajar auni tidur dalam buai… nnt susah! tp akhirnya abah putus asa juga…. hehehe….

sebabnya… sebab abah ngan ibu byk kejer… pakai buai senang tinggal2… auni skarang tanak kena tinggal dah… dah pandai nangis sedih kuar air mata…. kecuali pakai buai.. auni terus tidor sambil senyum2 lagi….

seingat abah dlm blog nih ada tulis, masa kat perlis auni mmg dah tido buai… tp balik jer Shah Alam.. smpi la harini… inilah hari pertama auni merasa buai kembali… rindu betul auni kat buai nihh… tidor pun senyum2!!

ok, abah upload gambar auni tido versi seram…. huhuhu…. seram ker?

Posted by: alidahlan | Januari 26, 2009

Auni ikut Abah…

Kelmarin auni ikut abah pegi piknik keluarga ngan pakcik-makcik dan kawan2 auni… ada Abg Adam, Abg Akrami dan Aireil… Auni sorang jer anak dara… hehehe…

Abah mandi laut sensorang sebab pakcik lain tak bawak baju spare… Abg akrami ngan Abg Adam pun mandi.. hehehe

pastu Auni ikut abah pegi Hotel…. first time auni tidor kat hotel… sebabnya esok pagi abah ada amik gambar kat KK… aircond hotel sejuk… auni tidor tak sedar apa!! hehehe….

Pagi2 lagi abah dah jalan pegi amik gambar, pastu pukul 12tgh abah datang amik auni ngan ibu… terus check out hotel, dan pergi ke tempat kenduri… abah dah risau takut auni macam2 hal pulak kat kenduri orang.. auni kan selalu muntah susu banyak!! Alhamdulillah auni tidor jer…. ibu pun senang skit bleh makan2…. abah pun rileks buat kerja…. Abih kerja abah pegi kat auni… tgk auni dah jaga… senyum2 kat abah…

 

Nnt kalau auni minat photography… beli kamera sendiri tau! huhuhu

 

Abah.

Posted by: alidahlan | Januari 19, 2009

Ikut abah ke Sabah Di Bawah Bayu

Assalamualaikum…

Lama abah tak update blog auni nih… Tok ummi pun duk tunggu-tunggu gambar terbaru auni, alhamdulillah hari khamis lepas abah balik Shah Alam untuk amik Auni dan Ibu balik…. walaupun abah baru tinggal 2 minggu… banyak juga perubahan pada auni, yang paling abah suka ialah, auni akan layan abah bercerita smbil senyum… senyum auni la paling comel sekali dalam hidup abah!! makcik2 dan pakcik auni kat Shah Alam pun selalu usik2 auni.. dan auni akan tersenyum kat diorang… lagi satu Auni dah pandai menangis kuat-kuat….. tak tau laa berapa decibel! tp perit jugak la telinga abah mendengarnya…

     

 

Hari Ahad pagi, hari untuk kita sekeluarga akan balik ke Sabah. Pukul 4 pagi lagi auni dah bangun.. Atuk bawak Estima pakcik man nak hantar kita sekeluarga pegi Airport.. semua pakcik-makcik ikut antar Auni.. kecuali Pakcik Atih! Masuk flight jer auni terus nguap…

 

Abah risau gak sebab masa take off auni tanak nyusu…. risau tekanan di telinga auni… sepanjang perjalanan lebih kurang 2 1/2 jam auni tido jer… abah ngan ummi bleh la makan dengan senang hati… Salute M.A.S for ur hospitality…!! cuma tukarla kapal terbang tuu… tekanan kuat sgt laa.. telinga org dewasa pun tak tahan, inikan pulak budak umur sebulan macam auni…. thanks sekali lagi pada crew MAS hari itu… sorry laa bantal biru kat atas tu, auni tanak lepas! so abah ambik bawak balik laa…. huhuhu

byk lagi abah nak citer… tapi dah dua malam auni susah tido nihh! abah tengah menulis nih pun auni masih celik baring sebelah ibu… sian ibu, kejab, abah nak mandi dulu baru balik main badminton…. nnt abah tidorkan auni…

Khallas!

Salamualaik.

« Newer Posts - Older Posts »

Kategori