Posted by: alidahlan | Disember 3, 2009

AUNI dah setahun…

mmg dah terlewat seminggu rasanya post ini utk mengucapkan SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YG PERTAMA!!! kepada anak abah Nur ‘Arfa Auni…..

Dah setahun anak abah ni…. dan juga Blog Auni ni juga dah setahun….Abah minta maaf kerana tak dapat memberi sepenuh perhatian utk ulang tahun pertama ini, dengan berbagai kejadian yg membuatkan abah terpaksa memberi keutamaan kepada Tok Abah.. jd Besday Auni yg pertama sgt simple… pastu dah nak masuk hari lain dah baru abah smpi kerumah untuk bg hadiah kt Auni… ditambah plak anak abah demam… sian btul auni…

inshaallah… di kelapangan yg lain abah cuba bg terbaik utk auni… dan “adik” hehehe……

Ucapan dr seluruh keluarga Auni… sebelah abah dan ibu…. HEPI BESDAY AUNI!!! bukan baby dah… toddler plak… hehehe

Sedikit Gambar budak demam sambut besday

HEPI BESDAY AUNI! HEPI BESDAY AUNI!!……

kena rajin makan ubat yer… baru lega demam… Picture Of The Month by Abah…

Posted by: alidahlan | November 2, 2009

Auni jalan2 ke Miri, Sarawak

30hb oktober yang lepas abah bawak auni jalan2 ke negeri sarawak… abah bawak pegi Bandaraya Miri, sampai miri Pakcik ayap dan makcik noe yang jemput di airport, sepanjang kat Miri kami tinggal di rumah diorang laa… best sgt diorang layan… abah suka makanan “wan”… mak kepada pakcik ayap… Auni jumpa kawan Auni kat sana… Nasuha Irdina… nasuha tua 2 bulan dr Auni, Nasuha dh pandai jalan…. auni baru jer tumbuh gigi ngan pandai merangkak… hehehe

thanks pakcik Ayap, makcik Noe, Tok Wan dan Nasuha sebab layan kami sekeluarga sepanjang berada di Miri…

 

Auni baru sampa kat Airport Miri

 

Comel kan kami berdua?? Nasuha lg comel sebab pakai tudung….

 

Baru gigi dua batang… ibu dh bg makan jagung??

 

kami jalan2 kat titi gantung…. bess… ibu jer takut skit…. auni rilekk…

 

 

kat pasar malam Saberkas, Miri… ibu ngan abah cari ikan masin ngan kek lapis..

 

Hari kedua Pakcik Ayap bawak jlan2… Auni testing tudung Nasuha… comel kn?

 

its Niah National Park!!… tp tak masuk gua niah pun… jauh sgt berjalan…

 

Abah ckp nnt nak bawak Auni jalan2 Bandaraya Kuching plak….. abah mesti tunaikan janji tau…..

Posted by: alidahlan | Oktober 18, 2009

Auni 10 bulan

Auni dah 10 bulan… dah nk dekat 11 bulan pun… bulan nih satu photo session jer abah buat utk auni…. malas kan abah auni? mulanya abah risau jugak auni agak lambat merangkak dan duduk seperti bebudak kecik yg lain… takut kesan dr serangan kuning masa auni lahir dulu (ada dlm blog nih..) alhamdulillah masuk jer 10 bulan 1 minggu.. auni dh merangkak dan duduk sendiri… budak lain dah bejalan.. auni baru nk merangkak… alhamdulillah masih normal la tuhh… hehehe

Posted by: alidahlan | Ogos 24, 2009

Selamat Berpuasa

Salam alaikum semua….

Disini Auni nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua umat islam di seluruh dunia…. Auni takleh pose lagi…. gambar kat atas gambar auni tgh protes ibu lmbat suap makanan…. sian ibu posa2 kena bagi auni makan…. Abah? biar la kat abah… perut dia dh byk makanan…. hehehehe

Kepada Tokbah, Paklang Akram dan Maklang Ayan… semog mendapat rahmat Allah berlipat ganda berpuasa di tanah suci Makkah dan Madinah

Posted by: alidahlan | Ogos 14, 2009

Abah pulak….

Assalamualaikum…..

Ibu dah update… abah pulak update… just nak update gambar abah bawak Ibu ngan ‘Arfa Auni pegi pantai… bagi adik main main pantai ngan air laut….. 1st time sentuh lumpur pantai ngan tangan.. bekerut-kerut muka auni, dok pikir menda baru dia jumpa….

tgklah gelagat dua dua nya….. syookkkk… 2 insan paling tinggi cinta abah tertumpah…. hhehehe…

Posted by: alidahlan | Ogos 13, 2009

makan…

salam…

Hari ini ibu tergerak nak update blog auni. lama ibu menyepi. Hehehe buzy la konon…

Auni sejak berusia 6 bulan, dia dah boleh makan. ibu akan masakkan bubur nasi dicampur sayur n lauk(ikan@ayam@daging). kemudian bubur tu diblend supaya mudah auni nak telan. auni akan makan 2 kali sehari. kalau time sekolah mama Dahlia akn bagi auni makan.petang baru ibu pulak yang bagi.

Makan adalah perkara yang auni tunggu2…npmak je ibu bawa mangkuk, trus dia tgur ibu…dia pandai tegur dengan bunyi suara hah…hah.tapi sbenarnya dia lagi suka minum air dalam cawan. pantang nmpak cawan, dia akn pandang cawan sampaila auni dapat minum.

3 minggu lalu, kami pegi jalan2 kat kk. so kami masuk kdai barangan bayi. abah tunjuk kat ibu kerusi yang sesuai untuk auni. ibu pun setuju nak beli kerusi tu sebab fikir senang nak bagi auni makan. sekarang ni bila auni nak makan dia akan duduk dalam kerusi tu. ataupun ketika ibu sedang masak abah takde kat umah, ibu akan letak auni depan pintu dapur.hehehe …. auni tgk ibu masak, nanti bila besar boleh masak untuk abah n ibu….

Perkembangan terkini auni sekarang, dia pandai maju kedepan dengan meniarap. laju…. kadang2 ibu kat depan, auni kat bilik terus dia bergerak ke arah ibu. kadang2 ibu risau gak takut auni meniarap masuk bilik air. hehehe….lagi satu kalau ibu atau abah sedang baring, dia akan memanjat badan kami. sehabis daya tu nak cuba sampai dapat. sekarang ni auni dah lapan bulan, ibu n abah tunggu auni nak pandai merangkak pulak….cuba ya auni….!!!

Posted by: alidahlan | Julai 21, 2009

another portrait….

potret auni di bulan mulia rejab… menjelang berkunjungnya ramadhan… sebab tu potret auni kalini dalam versi melayu skit… berbaju kurong… hehehe…. tok bah, atuk, opah, paklang, maklang, makngah.. dan semua pakcik makcik auni… enjoy tgk gambar auni kalini…

 

tersenyum gembira abah amik gambar auni…. kemudian…..

 

 

Pastu mulalah mengeluarkan biji matanya yang besar itu…. tanda protes lama sangat proses fotografi berlansung….. huhuhuhuhu

abah hepi…. tak sabar nak tunjuk kat tok bah kelakuan auni terkini live from the scene….. memeningkan…..

 

abah auni.

Posted by: alidahlan | Jun 17, 2009

Auni 6 bulan

 

hari ni auni dah 6 bulan 3 minggu… dah nak masuk 7 bulan… cepat jer masa berlalu!

selepas tokmi auni meninggal haritu.. balik jer sabah auni demam.. seminggu lebih gak dia demam… muntah2.. Batuk2.. habis demam jer, abah nampak mcm ada perubahan rupa bentuk auni nih… rupanya ada lemak2 di bawah dagu dia dh hilang…. pipi pun tak lebar mcm dulu sgt… tak comey dah laa!! abah pulak makin mencomeykan diri…. hehehe

untuk tatapan Tokbah, Atuk dan Opah di kampung…..

Al-fatihah untuk Tokmi.

Posted by: alidahlan | Mei 24, 2009

AL-FATIHAH utk Tokmi….

AL-FATIHAH

di blog abah pun abah tak dapat nak tulis apa-apa mengenai perkara ini…. abg sedih sgt… abah tak mampu nk ungkapkan dgn kata-kata….

yg pasti… kalau auni besar nanti… auni baca blog ini… auni akan tahu bahawa auni pernah dirindui dan disayangi oleh seorang insan bergelar Tok umi…. atau Tokmi…

Saat sebelum ajal menjemput Tokmi pun… nama auni menjadi sebutan kerinduan nya….

gambar diatas bukti sayang rindunya tokmi pada auni….. gambar diatas diambil 2 bulan sebelum Tokmi dijemput Allah kembali…..

Allah merancang segala….

Entah kenapa abah memilih utara untuk auni dilahirkan dan Rumah Tokmi sebagai rumah auni dan ibu dijaga sepanjang ibu berpantang…. setiap inci kasih sayang Tokmi curahkan sepanjang selepas auni dilahirkan…. hinggakan ketika saat ibu dan abah nk bawak auni balik ke rumah opah dan atuk di shah alam…. Tokmi menangis melambai pemergian auni….

Betapa rindunya tokmi pada auni…. hinggakan setiap kali menelefon abah di sabah…. kerap kali Tokmi bertanya gambar auni terbaru di blog…. 

blog ini bukti kasih-sayang Tokmi pada Auni……

 

AL-FATIHAH

Posted by: alidahlan | April 19, 2009

Lama abah tak post….

Assalamualaikum… lama betul abah tak post blog nih… ibu pun sekali jer post, dah malas dah…. byk gambar auni dan video auni dalam facebook abah. Nak jadi cerita malam semalam tokmi auni tpon dr perlis, tanya mana lagi gambar auni yg baru? hehehe… sebenarnya cuti sekolah haritu tokbah dan tokmi ada datang sabah, Tokmi datang follow tokbah yg ada program kat sabah nih.. so dia amik peluang la jumpa cucu anak bongsu nya ni… hehehe….

byk hari jugak depa duk sabah nih… sempat la jugak abah amik gambar sekeping dua…

_________________________________________________________________________

 

Dalam seminggu lepas… auni jalan2 lagi pegi KK, kali ni ikut abah jumpa member fotografi abah. Beruntung auni sebab pakcik2 yang abah jumpa ni bukannya calang2 fotografer…. seorang uncle nama Amru sorang lagi Hafiz , apa yang untungnya… sepanjang bejalan ngan uncle2 ni… diorang asyik amik gambar auni jerr… kira portraiture percuma la untuk auni! nnt auni kena terima kasih kat uncle nih…

Gambar dibawah diambil oleh Uncle Amru dari flickrnya

 

Hahahaha….. main ayaq liuq!!

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

kategori